Tuesday, January 13, 2009

Pengenalan.

Saya Nathasya bt Mohd Kamal bernombor matrik 100853. Saya merupakan pelajar semester akhir bagi jurusan Komunikasi. Saya berasal daripada Kuala Lumpur. saya baru berusia 21 tahun. Sepanjang pengajian saya di Universiti Utara Malaysia, banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah saya perolehi.

Saya merupakan lepasan Matrikulasi Negeri Sembilan jurusan sains fizikal. Ramai yang bertanyakan kepada saya mengapa bertukar aliran daripada pelajar sains fizikal kepada jurusan komunikasi. Jawapan saya mudah sahaja. Saya meminati jurusan komunikasi kerana bagi saya, jurusan ini membolehkan saya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Sekarang, skill komunikasi saya bertambah baik dari yang sebelumnya. Sepanjang berada di UUm, saya merupakan seorang fasilitator di Dewan penginapan Pelajar Tradewinds. Banyak pengalaman yang telah saya pungut sepanjang 3 tahun menjadi fasilitator. saya menjadi semakin berani dan tabah mengharungi cabaran-cabaran yang mendatang.

Selain, daripada aktiviti luar kuliah, pelajaran juga tidak saya lupakan. Alhamdulillah, saya berjaya mendapat anugerah dekan selama 4 semester. Ini semua adalah berkata usaha, doa ibu bapa dan pensyarah-pensyarah yang banyak membantu. jasa kalian tidak akan saya lupakan. Sedar tidak sedar, telah hampir tiga tahun saya menuntut di UUM. Pelabagai perasaan timbul apabila memikirkan saya hampir menamatkan pengajian disini. Perasaan gembira bercampur sedih, berdebar kerana bakal melangkah ke satu alam yang baru iaitu alam pekerjaan. segala pengalaman pahit manis yang diperoleh sepanjang berada di UUM akan saya bawa bersama sebagai satu semangat untuk melangkah ke alam yang baru. Rakan-rakan dan pesyarah-pensyarah disini tidak akan saya lupakan. Tidak lama lagi, berakirlah satu fasa dalam kehidupan saya dan bermulalah satu fasa yang baru.......

No comments:

Post a Comment