Saturday, February 7, 2009

Pengunaan multimedia dalam pelbagai bidang.

Terdapat lima elem yang utama dalam multimedia iaitu teks, audio, video, grafik, dan animasi. Selain daripada itu, interaktif juga merupakan sebahagian daripada elemen yang diperlukan untuk melengkapkan proses komunikasi interaktif melalui penggunaan multimedia. Penggunaan multimedia amat berguna pada masa kini contohnya dalam bidang pendidikan.

Penggunaan multimedia dalam pendidikan

Teks

Memandangkan penggunaan teks dalam sesuatu proses komunikasi maklumat telah lama wujud, ianya sering kali dianggap sebagai satu media tradisi. Namun demikian penggunaan teks dalam satu sistem multimedia sememangnya merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai salah satu elen utama dalam proses penyampaian maklumat.

teks secara amnya merujuk kepada huruf yang tesusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertina yang tertentu. Teks juga metujuk kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai jenis tulisan dan font yang menjadi asas utama bagi pengaluran maklumat masa dahulu dan masa kini.



Grafik.

Merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang t idak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilistrasi dan sebagainya. ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam sesuatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pants dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam berntuk visual.






Audio


Didalam sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi dikalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti satu proses penyampain maklumat. Disamping itu juga, elemen audio boleh dikatakan mampu menimbulkan sesuatu yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.


Video


Video antara elem multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen yang lain. Ianya merupakan gabungan pelbagai media seperti teks, grafik, audio dan sebagainya didalam satu medium. Oleh yang demikina, penggunaan video dalam proses penyampain maklumat berupaya untuk mempengaruhi motovasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain dari itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada pengguna. Ia secara langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi pengguna dengan lebih nyata




Animasi

Merupakan antara elemen multimedia yang paling diminati serta mendapat perhatian ramai kerana ianya mampu menzahirkan sesuatu fantsi manusia kealam realiti. Ianya juga membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej statik disampaikan dengan mudah dan berkesan. Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan maklumat juga dapat menceriakan prose penyampainnya.




No comments:

Post a Comment